Tabung Darurat Banjir

Pengenalan Kempen

Tabung Darurat Banjir merupakan antara kempen “bantuan kecemasan” yang dibuat oleh Kelab Perwira Malaysia dengan kerjasama Aman Palestin Berhad bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Terdahulu, Aman Palestin Bersama Kelab Perwira Malaysia telah berjaya membantu mangsa banjir di Selangor, Pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir yang dahsyat pada awal tahun ini.

Bantuan Banjir Borneo
Bantuan Banjir Lembah Klang
Bantuan Banjir Pantai Timur

Bantuan Banjir Pembersihan, Bangunan, Rumah, Masjid dan Sekolah

Ayuh kita membantu melalui kempen Tabung Darurat Banjir. Pilihan bantuan:

·         Kit Bantuan Segera – RM50

·         Tabung Banjir – RM 10 atau seikhlas hati.

Kini, Bantuan Kecemasan Banjir perlu diteruskan lagi.

Tiada siapa menyangka di bulan Februari akan berlakunya banjir secara mengejut, inilah perancangan Allah SWT yang kita tidak ketahui. Malaysia dilanda hujan lebat secara tiba-tiba, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

(Kredit Ehsan: Bernama dan The Sun Daily)

Banjir secara mengejut ini adalah lebih teruk dari banjir besar tahun 2014. Justeru, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia melancarkan Tabung Darurat Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Air Bah kian surut, mereka memerlukan bantuan kita. Ayuh bersama ringankan beban saudara kita, seperti pantasnya air naik sehingga banjir, sepantas itulah juga tindakan kita untuk membantu.

Misi Bantuan Tabung Darurat Banjir Malaysia

KEMPEN TABUNG DARURAT BANJIR

Sejak 17 Disember lalu, Malaysia dilanda hujan lebat secara berterusan, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, tanah runtuh, rumah dinaiki air dan pelbagai kerugian dicatatkan.

Justeru, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia melancarkan Tabung Darurat Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Untuk fasa pertama, sasaran agihan sebanyak 1000 unit Kit Bantuan Segera yang bernilai Rm50, dianggarkan dapat membantu 1000 orang mangsa banjir.

Setiap Kit Bantuan Segera (KBS) mengandungi barang keperluan seperti air mineral, biskut, pek serbuk kopi 3 dalam 1, roti dan tuala.

Ayuh kita membantu melalui kempen Tabung Darurat Banjir. Pilihan bantuan:
1. Kit Bantuan Segera – RM50
2. Tabung Banjir – RM 10 atau seikhlas hati.

Sumbangan Sekali

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.