AKIKAH

AKIKAH Aman Palestin dibuka sepanjang tahun (kecuali bulan korban) bagi mereka yang ingin melaksanakan akikah sempena kelahiran anak yang tersayang. Ibadah yang dituntut ini akan dilaksanakan untuk rakyat Palestin, Syria, Lubnan (Pelarian Palestin & Syria) dan Yaman dengan harga yang tersendiri mengikut kemampuan para peserta.

Beberapa hadis untuk renungan kita bersama:

Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (HR Ahmad & Tirmidzi)

“Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”. (HR Abu Daud)

Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.” (HR Aisyah)

Daging akikah akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan ditempat-tempat yang telah diniatkan oleh para peserta akikah.

Penyertaan

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.